Tuesday, November 13, 2012

Nenybunny Enterprise didaftarkan di SSM

Semasa entry ini dikemaskini, isteri penulis sedang berada di Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan Shah Alam untuk menjalankan tugasnya sebagai jurutera sistem dan alang-alang berada di sana, mengambil kesempatan untuk mendaftarkan perniagaan ini dengan kadar fee pendaftaran istimewa yang ditawarkan oleh SSM iaitu RM50-00 untuk tempoh sah menjalankan perniagaan selama lima (5) tahun.

Mission statement
NENYBUNNY ENTERPRISE (SA0239370-V)  adalah :

"Untuk membekal perkhidmatan dan menjual barangan keperluan Muslimin dan Muslimah, dan perkhidmatan fotografi dan menjual makanan Islam".

Insya Allah segala barangan yang ditawarkan untuk keperluan dan kegunaan anda tidak terdapat didalamnya perkara-perkara syubhah. Perniagaan ini akan mula mengorak langkah esok hari, sempena muslimin dan muslimah menyambut tanggal 01 Muharram 1434 Hijriah.

Hijrah adalah masa untuk membuat perubahan. Semoga tahun-tahun yang akan mendatang ini membawa perubahan yang lebih baik dan diredhai Illahi untuk kami sekeluarga, Amiin.


Thursday, November 1, 2012

Posting Pertama

Assalamualaikum semua dan salam jumaat!

Semoga pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat walafiat, Insya Allah.

Ini adalah blog yang penulis buka untuk isteri penulis, Nenybunny, untuk memudahkan beliau menjalankan perniagaan beliau. Penulis hanya bertugas sebagai kulikutip untuk mengemaskini barangan yang ditawarkan untuk jualan. Segala busana muslimah yang dipaparkan didalam blog ini diperolehi dari Sumatra Barat dan juga di kedai pakaian milik bapa mertua penulis di Johor Bahru. Fesyen advisor kami adalah adik ipar penulis sendiri yang berpengalaman luas dalam menentukan pakaian jenis mana yang sedang dalam season.

Dengan sokongan para pengunjung, mudah-mudahan usaha ini dapat memberi ruang untuk Nenybunny mendapatkan ruang perniagaan yang menjana rezeki halalan thoyyiban. Segala deskripsi barangan akan dibuat dengan jujur dan ikhlas dan kecacatan barangan akan dinyatakan dengan telus (sekiranya ada).