Tuesday, February 19, 2013

Kain Sulam Satin Pelangi Neny Bunny















Terms : cash on delivery area Shah Alam atau Subang Jaya near Carrefour after office hours. Barangan kain sulam dari Sumatera Barat. 2 types. Plain Satin & Satin Tritone Pelangi. Bidang 60cm x 3.5 meters. Sekiranya berkenan please leave a message.

Friday, December 14, 2012

Telekung Sulam Kerawang & Kain Sulaman Suji Pasir

-->
Assalamualaikum wrt wbt

Ini sulam atas kain cotton yang bermotif 

Gambar dari jarak dekat. Intricate details.

 Ini sulam tebal kain cotton plain. Sulamannya pula setebal 2 1/2!

Yang ni pulak gambar sulaman dari jarak dekat.

Khas untuk para peminat pakaian sulam Busana Muslimah for You...

Dilampirkan beberapa gambar produk Telekung Sulam Kerawang yang didatangkan khas dari Sumatera Barat. Yang ini khas untuk dijual kepada rakan Batch Kulliyyah of Laws 94 yang akan mengadakan reunion dan pertandingan bolasepak di UIA PJ esok 15/12/2012. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar mencari ilmu!

Nenybunny juga menjual Kain Sulaman Suji Pasir :-), sample yang ada dilampirkan gambarnya dibawah ini berserta tona warna yang ada.

 

Harga dah spesial. Unit yang ada amat terhad. So grab it while you can. Sesuai untuk dijadikan hadiah hantaran perkahwinan dan untuk hadiah kepada bakal jemaah haji. Ada yang sulam tebal ada yang telekung atas aje, tanpa kain. Memang depa jual macam tu. Kalau habis kena sapu, takde masalah, boleh buat tempahan sebab kami akan pulang ke Bukittinggi pada Januari 2013 ini. Cuma kalau tempah lambat sikit la... bukan senang nak buat telekung macam ni, sebulan 1 helai. Ada yang sulam putih, tapi yang hok tu harga murah sikit la tapi tak gempak macam sulam kerancang ni. Kena tengok saiz juga.... iyelah, org seberang rata-rata tak badan besor macam kita yang cukup makan serba-serbi ni. So sisters, place your orders :-).

Tuesday, November 13, 2012

Nenybunny Enterprise didaftarkan di SSM

Semasa entry ini dikemaskini, isteri penulis sedang berada di Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan Shah Alam untuk menjalankan tugasnya sebagai jurutera sistem dan alang-alang berada di sana, mengambil kesempatan untuk mendaftarkan perniagaan ini dengan kadar fee pendaftaran istimewa yang ditawarkan oleh SSM iaitu RM50-00 untuk tempoh sah menjalankan perniagaan selama lima (5) tahun.

Mission statement
NENYBUNNY ENTERPRISE (SA0239370-V)  adalah :

"Untuk membekal perkhidmatan dan menjual barangan keperluan Muslimin dan Muslimah, dan perkhidmatan fotografi dan menjual makanan Islam".

Insya Allah segala barangan yang ditawarkan untuk keperluan dan kegunaan anda tidak terdapat didalamnya perkara-perkara syubhah. Perniagaan ini akan mula mengorak langkah esok hari, sempena muslimin dan muslimah menyambut tanggal 01 Muharram 1434 Hijriah.

Hijrah adalah masa untuk membuat perubahan. Semoga tahun-tahun yang akan mendatang ini membawa perubahan yang lebih baik dan diredhai Illahi untuk kami sekeluarga, Amiin.


Thursday, November 1, 2012

Posting Pertama

Assalamualaikum semua dan salam jumaat!

Semoga pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat walafiat, Insya Allah.

Ini adalah blog yang penulis buka untuk isteri penulis, Nenybunny, untuk memudahkan beliau menjalankan perniagaan beliau. Penulis hanya bertugas sebagai kulikutip untuk mengemaskini barangan yang ditawarkan untuk jualan. Segala busana muslimah yang dipaparkan didalam blog ini diperolehi dari Sumatra Barat dan juga di kedai pakaian milik bapa mertua penulis di Johor Bahru. Fesyen advisor kami adalah adik ipar penulis sendiri yang berpengalaman luas dalam menentukan pakaian jenis mana yang sedang dalam season.

Dengan sokongan para pengunjung, mudah-mudahan usaha ini dapat memberi ruang untuk Nenybunny mendapatkan ruang perniagaan yang menjana rezeki halalan thoyyiban. Segala deskripsi barangan akan dibuat dengan jujur dan ikhlas dan kecacatan barangan akan dinyatakan dengan telus (sekiranya ada).